As I See It.. Ini pemerhatian dan kajian perbandingan yang saya telah lakukan. Ia tidak conclusive dan representative. Ia berdasar adaptasi dari data PRU14 yang diterbitkan oleh pihak SPR. Dari Statistik tersebut saya membuat kesimpulan PAS LEBIH BERUNTUNG JIKA KEKAL BERSAMA BN-MN BERBANDING DENGAN MENERUSKAN PAKATAN PPBM-PN. Perkara ini melibatkan soal maruah, integriti dan kredibiliti. PAS bukan parti picisan. Regim PN ternyata tidak stabil, klon dan kuda trojan, legasi Regim 22 Bulan PH. Rakyat masih tidak akan lupa JANJI PALSU 10O HARI & Manifesto Bukan Janji, Bukan Kitab Suci. Ambil simple culculation: PRU14 Rakyat mahu perubahan, mereka Ingat mengubah kerajaan semudah menukar baju, terbukti mereka tersilap. Hendak lari dari mulut harimau terjun pula ke lubang buaya tembaga. Konon nak tolak KLEPTOKRASI terjerumus jatuh ke Lubuk Korupsi-Kelepetokrasi. Walau gagal mendapat majoriti mudah, BN menang 97/222 Kerusi Parlimen, memperolehi 60% dari jumlah Undi. PAS pula memenangi 18 Kerusi Parlimen dengan 15% jumlah Undi. PPBM-PH pula hanya mendapat 13 Kerusi Parlimen dengan 25% jumlah Undi keseluruhan termasuk undi buat PKR, PAN dan Warisan. Justeru di mana letaknya kekuatan sebenar PPPBM tanpa PH? Saya yakin PPBM akan bungkus dan berkubur pada PRU15, bahkan Presidennya, MY akan kalah dan tersungkur di Paguh kepada Calon UMNO-BN. Bahawa tindakan biadap memaksa sokongan dari ahli-ahli UMNO oleh juak2 dan tukang karut PPBM mendapat bantahan keras dan backfired. Tiada satu Cawangan UMNO Paguh pun yang sokong PPBM setakat ini. Itulah realiti suara dan pendirian sebenar akar umbi UMNO. Wallahua’lam (Naseron Ismail)
